Thursday, April 3, 2008

HIMPUNAN MUTIARA KATA

BUKAN IDEA ASAL.UNTUK DIKONGSI BERSAMA.
DIPETIK DARIPADA PELBAGAI SUMBER RASMI.
SEKIAN,HARAP DAPAT MENGHAYATI...

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran."

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya."

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik."

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan."

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.""Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar."

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan diri sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."

"Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain."

"Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat."

"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.""Lelaki pendiam ibarat air tenang yg dalam & bahaya."

"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan."

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."

"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka."

"Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.''

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

"Keyakinan diri yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''

''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''

''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''

''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"

No comments: