Friday, May 30, 2008

MAKSUD KONFLIK

Konflik merupakan satu kehendak, keperluan dan minat kepada sesuatu atau seseorang diantara dua pihak yang pendapatnya bertentangan. Konflik boleh berlaku dalam bentuk dalaman atau luaran. Contoh konflik dalaman adalah konflik perseorangan didalam dirinya. Contoh konflik luaran adalah konflik diantara dua orang atau lebih. Konsep konflik boleh membantu menerangkan pelbagai aspek untuk kehidupan sosial dan kematian seperti pertelingkahan sosial, konflik terhadap minat dan lawan antara individu, kumpulan atau organisasi. Di dalam politik, konflik boleh dirujuk kepada peperangan, revolusi dan lain-lain dimana mungkin melibatkan kegunaan kuasa konflik kententeraan. Perbalahan didalam minat, keuntungan dan aksi selalu menyebabkan konflik. Konflik dirujuk kepada kewujudan perbalahan.

No comments: