Sunday, May 11, 2008

ARTIS AKADEMI FANTASIA TIDAK MENGECEWAKAN PEMINAT?

aku pelik betul la tengok artis baru Malaysia ni. Baru sekali muka masuk tv, dia punya lagak macam artis lama. Tapi setakat lalu belakang atau jadi pelakon sambilan sebab tak ada pelakon lain baik tak payah. Siap nak bergosip-gosip lagi tentang diri sendiri?

Apa gunanya akademi fantasia ditubuhkan? Untuk mengaut keuntungan ataupun melahirkan artis baru? Kalau nak melahirkan artis baru, tak payah la buat undian sms. Dah tentu lah penyokong yang ada kuasa. Kesian aku tengok mereka yang terkeluar sebab tak cukup undian, tapi bakat ada. Asal ada muka saja, “SMS JELAH, ESOK TOPUP LAH LAGI”. tak pasal-pasal ibu dan ayah kesayangan mereka membelikan topup untuk anak mereka. Tapi itu okay lagi, ini ibu dan ayah yang sms mengalahkan anak mereka. Tapi graduan Akademi Fantasia ni tak popular pun. Mula-mula jelah, lama-lama tutup muka.

Cubalah kalau semua orang tak undi artis AF pujaan mereka, tapi ada sorang saja yang membuat undian untuk orang yang hitam,sengau,gemuk. Mesti menang punyalah orang tu.

Silap-silap jadi macam kes tahun dulu, undian disekat sebab tiada publisiti @ sudah berkahwin. Dulu kata “UNDIAN DI TANGAN ANDA”. Sekarang kata “ JIKA ANDA MEMPUNYAI UNDIAN PALING TINGGI TETAPI TIADA PUBLISITI, ANDA PASTI TERSINGKIR”. Betul ke?

Tapi aku harap budak-budak Akademi Fantasia ni berusaha lah untuk mencapai kejayaan. Buktikan pada mereka bahawa undian bukan segalanya. Mungkin lambat laun, tiada trade undian sms lagi. Nak kata untuk cover duit stage dan pekerja, itu kerja dorang lah. Yang nak libatkan penonton buat apa. Mereka kan dah bayar duit tiket dengan bil astro.

'SIAPA MAKAN NASI, DIALAH YANG KENYANG'
'SIAPA MAKAN CILI, DIALAH YANG TERASA'

PETIKAN DARI GOSIP PARA SAHABAT DI D'LIMAU

No comments: